Sunday, July 26, 2009

♪♫。゚River Floating゚。♫♪

besoknye, lepas solat subuh secara jemaah trus buat aktiviti sendiri.
aku landing balik kat katil. sejuk ok nak mandi, baik membuto.
tak dan nak membuto, dorang plan nak tracking plak.
walaupun plan nak mandi air terjun tapi tetap jugak pegi mandi.
air punya la sejuk tahap mengigil sampai ke tulang sawan... eh! rawan.

sblom gerak kena warm up dulu. stamina ok stamina.
maklum la, yang peginya banyak veteren. hehe.

kena naik bot dulu. balik baru redah sungai.
otak aku plak dah pikir macam-macam.
adakah di dalam sungai ini ada boya? antu air? lintah? takpun gajah?
malam tadi seram ok nak tido. ada kumpulan gajah dekat-dekat base camp.
dorang kata ada baby gajah baru lahir. mesti comel ek?

kensel tracking masuk hutan. tak larat. bukan aku, dorang-dorang nih.
kitorang tracking celah-celah batu je. nih pun jalan cukup punya seksa.
life jaket tu harus pakai sebab balik nak berfloating.

nih nama dia sungai kejar. kejo yop kejo...
kami akan berfloating sepanjang sungai nih.

sempat mancing tu... pinjam pancing abg zali, seko ikan pun tadak.
agaknya dorang tau kot niat kitorang nak bakar dorang malam nih.

mandi-manda kat air terjun. nama apa aku taktau.
sejuk ya amat. nyesal lak mandi sblom pegi tadi.
dalam air siap boleh nampak anak-anak ikan main kejar-kejar.

aku naik belah atas sket, punya deras gila air terjun nih.
kena hati-hati sebab batu-batu nih licin,
kang tergolek trus aku floating sampai ke base camp.

lepas kecutkan apa yang patut, start river floating.
time air deras best, tapi agak bahaya sebab banyak batu-batu besar.
so kitorang floating kat air yang tenang je.
tapi floating dalam air tenang bosan beb, penat tangan nak berkayuh.
kalo tak kayuh kang tak hanyut lak, tenggelam ada. nampak sangat berat okek.

budak royal belum siap curik orang asli punya rakit.
bukan curik, pinjam je pastu bagi balik. kang curik kena sumpit kang.
dalam orang dok sibuk berfloating, aku lak sibuk ikut berakit.
kena guna taktik ok, tak kuasa aku nak berfloating sampai base camp.
time budak-budak kecik nih naik elok je rakit tu terapung.
skali aku naik... haaa tenggelam ko. adakah aku puncanya?

nak naik ke darat pun satu hal lagi.
bleh dorang tinggalkan aku tanpa bagi bantuan.
masa nak pijak tanah, kaki aku terbenam dalam selut tepi sungai tu.
busuk gila bau selut masa aku tarik kasut kuar dari selut tu.

petang lepas lunch buat aktiviti sendiri.
ada yang tido, ada yang memanjang masak, ada yang mancing tak abis-abis.
besok nak balik pun seko ikan tak sangkut. degil btol la ikan kat sini.
ada orang asli yang datang base camp petang tu.
tengok cam kitorang, duduk saja pun dapat ikan toman jugak.

malam plak kitorang ber-bbq.
nih la tukang masak merangkap tukang jaga api.
menu bbq adalah ayam bakar, daging bakar, ikan toman bakar...
malam tu jugak, last day baru pemancing veteran dapat banyak ikan.
rezeki, rezeki... ;9

masing-masing buat muka happy kekenyangan.
malam tu memang best, makan banyak tak ingat.
perut dah kenyang... apa lagi? tido la...

2 comments:

sumijelly said...

bestnya mandi air sungai...
lama x mandi la...
maksud aku air sungai la...
hahahaha

✿nkara✿ said...

sejuk gila woo...
memang besh la...hehe