Friday, July 3, 2009

♪♫。゚Pahang Rainforest゚。♫♪

macam mana aku bleh lupa pasal citer nih. lama sangat terperap dah.
tapi takpa takpa... aku nak buat marathon secara laju.

bulan lepas opis buat program kat taman negara pahang.
very very the excited. tak penah jejak lagi kat sana.
taman negara penang dah pegi masa program tahun lepas.
memang sakan aku kat sana. sakan bergambo. hehe.

naik bas secara ramai. gerak dalam 9am lebih lebih.
tau-tau je la nak masuk kl hari minggu memang jem.
dalam kl je dekat 2 jam tak lepas lepas nak masuk highway pantai timur.
menanah montot aku... kena flash dslr ady sume enjoy. heran heran...

lebih kurang 8pm kitorang sampai kat rainforest resort.
nasib baik lauk ada lagi. dah kebulur... ini muka selepas melantak.

pagi besoknya, 7am sume dah siap siap bekpes.
dah standby nak trekking plak.

rainforest resort. recommended.

papehal kita warm up dulu.

eh ni baru btol btol warm up la.. kena jalan kaki daaa...
tu yang belah kiri baju biru tu bos aku.

kalo perati tang ni sampai abis gambo kan...
asal nampak signboard je ada la muka muka tambahan.
cuba la ko tengok...

sblom naik bot ke seberang sana... tu tu tuuu nampak tak?

jangan tanya nape muka muka nih je yang ada.
kami adalah model tetap dslr ady. hehe.

taman negara pahang nih hutan simpan under perhilitan.
which is one of the department under nre.
sblom nak pegi canopy walkaway kena register/report kat sini dulu.
cannot simply masuk without permission from perhilitan
and kena ada renjer perhilitan or tourist guide yang diiktiraf saja tau.

mamat suar askar biru tu renjer perhilitan yang bawak kitorang.
kena posing nak mentunjuk pokok tumbang.

pokok tertua. tapi tak ingat umo dah bape tahun.

pokok beso tumbang sampai tercabut akar.

dah sampai kat canopy walkaway. tengah tunggu turn nak naik.

naik canopy walkaway nih takleh ramai ramai dalam satu masa.
kena jalan sorang sorang dulu. kang putus tali tu kang tak pasal pasal je.

aksi aksi gedik sebab sampai dulu. punye la lame tunggu dorang nih....

dah turun canopy kita pegi bukit terisek plak.

penat macam gila trekking naik bukit terisek.
ni baru bukit blom gunung tahan lagi.
ape name ntah tempat nih aku tak hengat. kira macam check point la.
kalo nak naik bukit terisek teruskan. kalo tak takat disitu je.
takleh takleh usaha usaha sampai berjayo...

trekking nih dorang dah sediakan trek ala ala tangga.
tapi lagi penat kalo nek tangga. aku jalan jalan tepi tangga je.
kunun kunun nak lagi challenging.

dah sampai bukit terisek.
ho hooo hoooreeeyyyy....

time balik renjer bawak tengok burung nih. burung ape aku tak ingat.
gambo tak clear sebab takleh bising bising kang dia lari.

ondaway balik kitorang benti mandi sungai dulu.
siap lunch kat situ. ikan patin masak tempoyak kooo...
nyesal pakai baju putih. transparent... takleh jadi badak berendam.
kang yang jantan tetibe jadik buaya plak.

nampak tak?
asal ada signboard je ada la model model tambahan.

dalam ni kitorang tengok audio visual mengenai taman negara pahang.
mostly sume terbongkang tido. penat sesangat...

bagi sesapa yang tak penah pegi taman negara tu meh la datang sini.
memang best. tak rugi kalo pegi. any enquiry plis contact perhilitan okek.
amatlah direcomendedkan.

next update... tak abis lagi tau. :9

4 comments:

jay said...

k.yat,aku mmg tau k.yat mmg ske posing..huhu..asal ade gambau ade le k.yat.cm kt tooltech dulu..huhu..kalau aku yg nek jmbtn tuh otomatik putus!

✿nkara✿ said...

hahahaha...
kalo ko naik sorang ok kot tak putus lagi. jangan aku join sudah...

weh, ko pegi dietician ek? camno nak join? aku ingat nak pegi gak la..
dah makin sempit suar jeans aku. aku yang dah makin membolat ke suar aku yang dah menkecut?

rai said...

camner nak tau ade program2 cmni?? nre select pegawai atau open ek?

✿nkara✿ said...

rai,

nih kena masuk jadik ahli mbj nre dulu la.. :)