Tuesday, July 28, 2009

♪♫。゚Babai Sungai Kejar゚。♫♪

jenuh betol nak mengabihkan citer pasal royal belum nih.
nak-nak plak banyak fakta dah tak ingat. fakta la sangat kan? hehe.
ok ok nih last punya story about royal belum.
pasni boleh buat entry pasal lain lak. sila layannnn okek.

lepas solat subuh terus menkemas barang.
last nak dok atas katil askar, nama saintifik katil nih aku dah lupa.
teringat lak time landing sambil membungkus dengan sleeping bag.
dah membungkus pun still sejuk macam gila.

menkemas tempat tido. banyak yang gagal...
tak reti nak lipat katil. hehe.

taktau bila nak datang sini lagi. this place is so awesome!

muka-muka gumbira mau dihantar pulang ya?
credits to Man JHOEA coz bawak kitorang pegi dan balik secara selamat.

orang asli settlement yang kitorang pegi semalam.
life goes on... same everyday.
semoga mereka akan dapat hidayah dan kehidupan yang lebih sempurna.

sampai kat jeti pulau banding, sesi memunggah dari bot ke bas.
lepas tu pegi mensetelkan payment kat ofis royal belum kat pekan grik.
kitorang semua sibuk gak ikut masuk dalam ofis,
kot-kot la ada sourvenir yang boleh dibawak balik.
tapi hati pecah, tinggal satu je t-shirt yang tinggal.
pesal la tak pegi order lagi? baru nak buat collections t-shirt. haih.

dorang kata ini nama dia bukit kembar. macam bukit tek-tek je. hiks.

alang kepalang singah kat pengkalan hulu plak.
kawasan bebas cukai kat sempadan perak-thailand.
takda benda menarik pun. kedai pun tak banyak. selamat duit aku.
habis shopping trus balik ke putrajaya.

progam royal belum nih memang best.
bukan setakat dapat tengok keindahan alam semulajadi,
aku jugak dapat melihat walaupun sekejap keadaan orang asli kat sana.
memang dorang banyak ketinggalan dari segi pembangunan,
so kita yang dah moden nih kena la tolong dorang.
walaupun dorang nih tak beragama,
perlu kita pastikan akidah dorang tak terus terpesong.

posing secara ramai di royal belum.
together with staff royal belum and...
sapa nampak?

Sunday, July 26, 2009

♪♫。゚River Floating゚。♫♪

besoknye, lepas solat subuh secara jemaah trus buat aktiviti sendiri.
aku landing balik kat katil. sejuk ok nak mandi, baik membuto.
tak dan nak membuto, dorang plan nak tracking plak.
walaupun plan nak mandi air terjun tapi tetap jugak pegi mandi.
air punya la sejuk tahap mengigil sampai ke tulang sawan... eh! rawan.

sblom gerak kena warm up dulu. stamina ok stamina.
maklum la, yang peginya banyak veteren. hehe.

kena naik bot dulu. balik baru redah sungai.
otak aku plak dah pikir macam-macam.
adakah di dalam sungai ini ada boya? antu air? lintah? takpun gajah?
malam tadi seram ok nak tido. ada kumpulan gajah dekat-dekat base camp.
dorang kata ada baby gajah baru lahir. mesti comel ek?

kensel tracking masuk hutan. tak larat. bukan aku, dorang-dorang nih.
kitorang tracking celah-celah batu je. nih pun jalan cukup punya seksa.
life jaket tu harus pakai sebab balik nak berfloating.

nih nama dia sungai kejar. kejo yop kejo...
kami akan berfloating sepanjang sungai nih.

sempat mancing tu... pinjam pancing abg zali, seko ikan pun tadak.
agaknya dorang tau kot niat kitorang nak bakar dorang malam nih.

mandi-manda kat air terjun. nama apa aku taktau.
sejuk ya amat. nyesal lak mandi sblom pegi tadi.
dalam air siap boleh nampak anak-anak ikan main kejar-kejar.

aku naik belah atas sket, punya deras gila air terjun nih.
kena hati-hati sebab batu-batu nih licin,
kang tergolek trus aku floating sampai ke base camp.

lepas kecutkan apa yang patut, start river floating.
time air deras best, tapi agak bahaya sebab banyak batu-batu besar.
so kitorang floating kat air yang tenang je.
tapi floating dalam air tenang bosan beb, penat tangan nak berkayuh.
kalo tak kayuh kang tak hanyut lak, tenggelam ada. nampak sangat berat okek.

budak royal belum siap curik orang asli punya rakit.
bukan curik, pinjam je pastu bagi balik. kang curik kena sumpit kang.
dalam orang dok sibuk berfloating, aku lak sibuk ikut berakit.
kena guna taktik ok, tak kuasa aku nak berfloating sampai base camp.
time budak-budak kecik nih naik elok je rakit tu terapung.
skali aku naik... haaa tenggelam ko. adakah aku puncanya?

nak naik ke darat pun satu hal lagi.
bleh dorang tinggalkan aku tanpa bagi bantuan.
masa nak pijak tanah, kaki aku terbenam dalam selut tepi sungai tu.
busuk gila bau selut masa aku tarik kasut kuar dari selut tu.

petang lepas lunch buat aktiviti sendiri.
ada yang tido, ada yang memanjang masak, ada yang mancing tak abis-abis.
besok nak balik pun seko ikan tak sangkut. degil btol la ikan kat sini.
ada orang asli yang datang base camp petang tu.
tengok cam kitorang, duduk saja pun dapat ikan toman jugak.

malam plak kitorang ber-bbq.
nih la tukang masak merangkap tukang jaga api.
menu bbq adalah ayam bakar, daging bakar, ikan toman bakar...
malam tu jugak, last day baru pemancing veteran dapat banyak ikan.
rezeki, rezeki... ;9

masing-masing buat muka happy kekenyangan.
malam tu memang best, makan banyak tak ingat.
perut dah kenyang... apa lagi? tido la...

Friday, July 24, 2009

♪♫。゚Royal Belum゚。♫♪

sampai je kat pulau banding, sesi mengangkut barang lagi.
kali nih angkut semua. tinggalkan bas je.
kalo semalam bot dari perhilitan dan jheoa, tambah bot royal belum plak.

rasanye time nih dah setel angkut barang kot.
nampak gedebab btol aku. sila salahkan baju ok.

bersedia nak berlepas. bot jhoea yang dipandu oleh man.
terima kasih la tidak membawak dengan laju ye.

muka nampak cool, dalam tengok...
macam-macam pala otak aku pikir. buaya la. anaconda la.
paling truk... kannibal "orang makan orang". waaaa...

view toksah cakap la. memang cantik banget.
macam tak caya lak dah masuk royal belum.

muka tak bleh blah dapat tau base camp ada jamban.

base camp royal belum.

ohhh... idamanku...
takyah mandi kat sungai. takyah berak dalam lobang.

ini rest house untuk staff royal belum.
dorang tak tido sini pun. syang aku nampak asik bergulung dalam buaian.
nampak comel je gulung-gulung, tapi lupa lak nak snap.
penting ok dorang nih. penjaga kitorang sepanjang dok sini.

sampai je trus angkut barang ke base camp.
banyak aktiviti kena buat secara cepat.

nih kafetaria...
banyak la ko kafe. nih tempat masak-masak.
sepanjang program kena masak sendri.

setel je angkut barang. operasi memasak menjalan.
nih masak untuk bawak ke orang asli settlement karang.
haruslah masak sendri, kalo masak kat sana tak daya lak tekak aku.

chef sarjan mengetuai rombongan memasak.
ada gulai daging, ikan masin goreng, popadum, bubur kacang...
apa lagi ntah aku tak ingat.

setel je masak, trus gerak ke orang asli settlement.
tak jauh pun, dekat-dekat sungai kejar tu jugak.
orang asli kat sini ada la berkaum jahai.
sampai je aku dah nampak anjing. sket punya baek dorang gomol-gomol.
aku dah la alergik dengan anjing, mau tersentap jantung aku.

lepas ucap selamat sket, bagi dorang makan dulu.
hilang kawalan jugak la mula-mula, susah beno nak suh dorang beratur.
taktau la dorang paham ke tak aku cakap.

lepas jadi pengawas barisan, aku jadik tokey air plak.
tak cukup air oren, sirap telo katak aku kasik.
sirap taruh biji selasih macam telo katak kan?

lepas makan, aktiviti mari menkaler kanak-kanak dulu.
bagi kertas yang dah ada lukisan dengan 2 batang crayon,
then suruh dorang kalerkan.

tayangan sapa terer menkaler.
sume kanak-kanak kat sini tak pegi skolah.
kalo ada skolah pun taktau la kat mana. sket punya jauh.
dari jeti pulau banding nak ke sini dekat 2 jam.

sape lagi seksi? aku ke pokcik tu...

rumah baru under constructions.
kerajaan negeri bina 3 -4 buah rumah baru untuk keselasaan dorang.

nih pun umah kerajaan bagi jugak, tapi tinggal tangga je.
kayu, papan, tiang suma dah jadi kayu api bila musim hujan.
adayang berkebun, tapi tak kadang-kadang tak sempat
nak rasa hasil tanaman sebab gajah liar.
nak salahkan gajah pun tak bleh jugak,
hutan pun dah habis kena gondol untuk pembangunan.
so salah sapa?

acara tiup belon sampai POMM! (pecah la)

yang nih acara bowling tanah perempuan.
bukan main bersolek aku tengok dorang nih.

lari secara berduet lelaki.

bowling tanah lelaki.
baling bola tenis kat tong tenis.

sesi men-agih pakaian terpakai.
punya la havoc. kalah sale kat sogo.

yang nih sesi agih makanan mentah.
beras ngan gula untuk setiap ketua keluarga.

time bila ntah cik aen nih pegi lawatan rumah ke rumah
bagi kain batek tak ajak aku.

habis acara, minum petang plak.
teh/kopi dengan bubur kacang.

program bersama orang asli habis dalam pukul 2 - 3 petang.
setel kemas barang sume dah tak sabo nak balik base camp.
orang asli nih pun tak brapa friendly sangat, maybe sebab kami orang luar kot.
masing-masing buat dunno je time kitorang nak blah.
takpa la, yang penting kitorang ikhlas datang sana.

apa yang penting???
KERJASAMA... hehe