Monday, June 22, 2009

♪♫。゚Tengok Wayang゚。♫♪

aktiviti minggu ini adalah mentengok wayang. bukan membuat wayang ye.
ini bukan aktiviti utama sebenarnya. aktiviti asal cuma nak pegi klinik je.
macam ni citernye ye puan2...

mr. mj ajak menteman dia pegi ke klinik kesihatan putrajaya.
orang shah alam pegi klinik putrajaya? pekehey?
alasan utama, memang dia tak sihat. sinus. pening kepala. ok logik.
alasan sampingan, mau berjumpa kekasih kesayangan. logik jugak kan? haha.

klinik hari sabtu takda orang. best macam gila.
kalo hari biasa jangan harap la. kalo tak separuh, seharian la ko dok kat situ.
sistem lak sume pakai scan. kalo ko bangang tak scan.
sampai klinik tutup la bontot ko kematu atas kerusi tunggu nombor tak naik2.
sebab aku dah kena. pelik nape nombor aku tak naik.
orang yang lambat dari aku sume dah sudah. rupa2 nya tak scan.
*&^%$* pehal la tak bagitau. aku dah stat maki hamun dah.
kat tempat scan dah tulis tapi aku tak pasan pun.
tak kira la aku baru 1st datang so consider budak baru blaja la kan?

lepas melantak nasi lemak ayam dara kat taman warisan.
mr. mj ajak mentengok wayang. macam tak caya okek.
dia nih jenis tak layan wayang. dvd je dia layan.
cap lanun mahupun download sendri lagi amat dia suka.
seingat aku, baru sekali kitorang dating dalam panggung wayang.
tu pun 2 taun yang lepas. selebihnya dating di kedai makan.
kitorang masa tu tengok citer the chronicles of narnia prince caspian.
kalo dengan aku jangan harap la korang nak tengok citer seram
mahupun pembunuhan. harap maklum ye.

so kali ni sempena kali ke-2 kitorang nak berdating sambil menonton wayang.
aku pilih citer night at the museum 2. yang 1 punye aku dah tengok dvd.
ingatkan ada la early bird time. cis! pukul 12.30pm baru start.
so sambil meluangkan masa sebanyak 2jam kat dalam alamanda.
ini lah hasilnya ye puan2...

macam kat jepun. dia kata la. aku tengok macam belakang umah aku.
pokok buluh penyebab aku takut nak pegi jamban.
kalo dah pokok buluh terselirat sebelah jamban tak ke ko seram nak berak?
lagi2 tengah malam nak tercirit. macam besok takleh nak cirit dah?
mau ko doa nak sembelit time2 tu jugak kan?

mr. mj macam tau2 je aku nih kaki posing. tapi agak2 la kan.
dah aku sorang je berbagai2 nak posing. orang lain dok perati.
agak tak keruan aku nak berposing. tegak camtu je la.
dress up pun ada kadar. nama pun nak pegi klinik kan?

beso gak aku tengok tempat wayang ni bila dalam gambar.
rasanya baru 2 kali aku jejak kat sini. 1st time tengok wayang dengan linda.
citer ape tak ingat. lama dah kot.

kasik view belakang je. orang sakit kena pakai jaket.
awek sejuk beku takpa. banyak lemak. patut ke tak patut?
sape kate patut memang saje carik pasal okek.

bukti kukuh tahun nih aku mentengok wayang.
yang lepas punya pun aku ada simpan. errr... nanti aku carik.

ahad semalam, mr. mj bawak awek balik umah dia.
nama penuh awek tu kelabu tapi panggilan manja dia bubu.
amat la manja dengan mr. mj sampai boleh mendatangkan keamarahan aku.
asik nak mensenggol2. siap dok atas peha lagi. mau aku tak hangin?
ni aku dengor citer dari mr. mj la. aku jumpa awek tu pun tak penah lagi.

sebelah kanan itu la awek tersebut.
baekkk je kiki ushar. nak ngorat malu2 la kunun.
gentleman ko ki. sanggup tahan lapar sebab nak kasik awek makan dulu.
kalo tak jangan ko harap la. asal letak. habisssss...
perot boyot terlentang tido. bertuah sungguh!

No comments: