Monday, June 29, 2009

♪♫。゚Mak & Katarak゚。♫♪

minggu lepas aku amik cuti 2 hari. so takda la entry selama 2 hari jugak.
macam ada orang nak baca je kan?
cuti bukan nak pegi jalan2 tapi kena balik kampung.
khamis, 25 jun mak kena operation buang selaput putih dalam mata.
dengan kata lainnye...operate buang katarak.
anak yang baik kena la balik tengok mak kan?
sambil2 tu kitorang jugak mengadakan gathering family secara kecilan.
yang ada pun anak2 pompuan dia je. dengan menantu2.
anak2 laki sume keje. adik ngan acey keje.
babang plak balik kampung jumaat malam.

mak operation pukul 4 petang. aku balik kampung naik bas dari shah alam.
best jugak naik plusliner. bas baru tu. selalu aku naik bas perak roadway.
stop kat medan gopeng. iyong dah tunggu kat sana. then trus ke hospital ipoh.
aku maleh nak bawak kete sebab hari sabtu ada plan lain.
besok aku citer...

operate belah mata kanan tu. nih time melawat.
time operation kitorang melepak kat greentown mall.
juju ditugaskan menteman mak. time masuk operation room kena dok luar.
sejam lebih operation setel. dah macam pirate mak aku.
macam ni...

malam tu aku pulak ditugaskan tido kat hospital.
kena tahan sebab operate petang. kalo awal, takda pape dah buleh balik.
aku tido kat lantai atas toto nipis je. memang tak selesa.
tido pun kejap2 je. sebab misi (nurse) asik kuar masuk check patient.
tengahari after lunch mak dah buleh kuar hospital.
sblom balik skali lagi pegi greentown mall beli spek itam.
bukan aku punye la. mak punye. mata kena cover daripada pancaran cahaya.
kang lambat nak baik plak. ubat titis mata pun setiap 2jam kena titiskan.
sblom masuk tido kena taruk gel mata. kang tak taruk besok takleh bukak mata.

mak aku nih bukan reti dok diam2. ada je dia nak buat keje.
buang katarak nih mata kena jaga dalam tempoh 6 bulan.
pergerakan sume kena jaga. so mak kena dok umah kakak aku.
nih untuk mengelakkan dia buat keje umah.
doakan mak aku cepat sihat ek.
sedey la plak...

No comments: