Tuesday, June 23, 2009

♪♫。゚Langkawi Island゚。♫♪

16 - 18 jun 2009

ingat lagi tak kisah aku nak naik kapal terobang?
kiranye nih sequel la ye... kisah benar bukan fake2 tau.

jam 10 dah rushing ke lcct sebab masing2 mengelabah.
mengelabah sebab ape?
(tak sempat abiskan ayat. black-out sepanjang time rehat)

mengelabah sebab ape?
sebab macam2 citer pasal airasia kitorang dengor.
ada yang cakap, "nanti ko kena belari sambil bawak beg beso ko tu tau!"
ada lagi, "free seat. ko kena rebut2.."
lagi haru, "jangan lupa mengucap. mana la tau tak sampai.."
$&%@ okekkkk

sesapa yang tak sempat nak balik umah bleh singgah kat tunes hotel nih.
airasia punya la kot. dah sepesen je design hotel ngan kapal.

memang benar belaka. kena beratur panjanggg ko.
luggage weight max 15kg je compare dengan mas 25kg.
bagi aku la kan. not suitable la untuk kitorang sebab urusetia ni slalu kena bawak barang banyak. berkotak2. so sekalipun ko dah grouping memang takleh tampung excess luggage nih. nak taknak kena hangkut separuh dalam kapal. tak ke nyusah?

aku tak pasti aircon dia cap ape.
menakutkan okek. kuar berasap2. creepy jek.
mane la tau tiba ada yang menjerit, "api! api! api!"

flight amik masa dalam 45min je. tapi best la jugak. sebab kitorang ada waran gomen dapat la makan nasik lemak. kalo dalam mas makan kacang je kan? aku siap bli t-shirt kaler merah airasia untuk souvenir diri sendri.

sesi check in kat hotel eagle bay. dekat je dengan pekan kuah. jeti pun dekat.
so takda masalah la nak datang ke sini. bilik pun ok jugak.
lepas check in program dah start. sampai ke malam. pagi besoknye pukul 5pagi dah kena bangun sebab nak solat berjemaah kat masjid.
aku? aku terlajak sampai pukul 5.30pagi.
sempat gosok gigi basuh muka je. mandi jangan harap.

hari kedua kursus macam biasa dalam dewan hotel.
gambar nih lepas qiamulail. ada solat sunat tahajjud, hajat, taubat ngan witir.
bangun pukul 4pagi tau. time sujud lama baru bangun. risau gak kot2 tersujud pastu ada bunyik krohhh krohhh... tak ke haru?

lepas settle solat terus kena pegi senaman.
1st kitorang senaman bawah pokok kelapa dekat taman depan hotel.
hari last tu kena pegi berjogging sampai ke jeti.

ingat nak masuk sebab dorang kate dalam nih kita leh tengok macam2 benda bersejarah. tapi under renovation la plak. so nampak depan je la.

cantiknye view2 ni kan?

time aku sampai dorang dah siap tarik napas.
macam gila aku berlari. bukan sebab nak bersenam.
tapi sebab nak bergambar dengan helang tuuuu...

gambar aku tak jadi. camne ntah pakcik tu snap. langsung tak nampak helang.
helang ni je la yang ada tanpa model.

aktiviti utama lepas kursus adalah bergambar secara ramai
macam ni la. kalo tak nampak sila klik ye.

petang balik naik flight pukul 5.30pm.
sblom balik sempat jugak la sopin kat haji ismail group.
bli coklat dengan ubat gamat jek. tengah2 bulan mana ada bajet nak sopin.
dah habis. nak wat entry lain plak. tata.

No comments: