Monday, June 22, 2009

♪♫。゚Alahai Ayah゚。♫♪

21 jun 2009

pagi2 jantung aku dah jatuh. yan tepon bagitau ayah kena langgar keta!
blom apa2 air mata dah laju mencurah-curah. air idong pun meleleh sama.
srottt...srottt...hak hak tuihhhh
astagfirullahalazim. mintak2 la ayah selamat.
time ni la plak terbayang2 ke'nakalan' yang penah aku buat.
mane la tau kan tak sempat nak jumpa ayah. ohhh...tidakkkkk!!!
kelam kabut aku tepon sume orang. sebab aku sorang baru tau berita nih.
tepon kak anie, tengah keje. suh dia bagitau kak ina.
tepon juju separuh sedo. tengah tido. babang tak angkat. iyong plak off hp.
dapat tepon mak kejap. kelam kabut sebab nak anta ayah pegi hospital.
hospital mana? tuttuttt... mak dah letak. ishhh...

iyong kitorang tugaskan standby kat hospital teluk intan. tapi ayah takda.
rupanya jiran anta kat hospital changkat melintang.
nasib baik luka ringan. kalo ikutkan sound effect masa kejadian. ni mak aku citer.
memang tak dapat diselamatkan dah. paling koman pun masuk icu.
alhamdulillah...ayah selamat. Allah panjangkan lagi nyawa ayah.

tapi driver tu memang harammmm...
hit and go. langgar dan lari. macam sial. takda la nak tolong ke hape ke.
dah tayar pancit baru la terhegeh2 nak repot polis.
ayah aku lak baik hati. takda mintak sesen pun.
duit nak baiki moto rosak kena langgar pun tak mintak.
tapi takkan nak tunggu mintak kot kan? pandai2 la nak bagi kan?
dah ko langgar...lagi mau orang mintak2 macam pemintak sedekah kat ko ek?
takpa la aku assume ko orang miskin tak berduit. boleh?

papepun, asalkan ayah aku selamat aku dah syukur sangat.
duit pun tak dapat cover nyawa ayah aku.
tapi bleh bayo kat pomen moto je kan yah kan?

sempena hari ayah sedunia...
aku nak ucapkan "selamat hari ayah"
kepada my beloved ayah... ENCIK HUSIN BIN EJAB
dan sume ayah2 dimuka bumi ini jugak.
semoga sihat, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu...
aminnnn... ramai2 okek!

No comments: