Tuesday, June 30, 2009

♪♫。゚Good Luck Juju゚。♫♪

ingat tak semalam aku kata malas nak bawak kete sebab ada plan lain?
sapa tak ingat sila tengok entry semalam ye.
sabtu tu, aku, juju ngan bf dia, mus gerak pegi melaka.
transit kat melaka dulu before next daynye nak ke johor plak.
juju dapat futher stadi degree pendidikan matematik kat utm.
budak engineering kena blaja maths plak. aku tau ko bleh nyet...

kitorang gerak dalam pukul 3petang. tau-tau je la kalo petang, sah-sah la ujan.
agak mencabar gak la bagi driver ala-ala sipot macam aku nih.
ada plak lori vitagen bikin aku hangin masa kat area slim river.
disebabkan nak menjimatkan duit tol aku redah jalan dalam dulu.
sampai kat behrang baru masuk highway.
korang tau kan kalo bawak kete manual take time la ko nak masuk gear,
minyak ape sume sblom ko nak memecut kan?
and then, aku tau la aku dok belah kanan takyah
la ko si lori vitagen nak highbeam-highbeam aku suh ketepi.
tak nampak ke van sblah aku? time aku nak ketepi pandai lak ko
potong belah kiri plak? pastu pancung depan aku...
tak bagi signal plak tu. sket lagi nak cium bontot lori ko.macam jahanam!
kalo eksiden mau menagis mak aku dah satu hal... mak aku baru operation lak tu.
time tu ujan bai, agak-agak la kalo nak tunjuk ko punyer teror macam setan tu.
memang bengang tahap orang gila dah aku time tu.
nasib baik otak aku berfingsi secara sihat. kalo tak jenuh gak aku nak kejo
lori vitagen haprak tu. tapi yang agak terkilan tu...
bleh lupa amik no plat dia. ceh...

ok ok sabar. pastu kat highway kitorang benti kat restoren jejantas sg buluh.
pegi buang ape yang patut then mus lak nak bawak kete.
aku ingat nak bawak sampai melaka. dah dia muka takbleh blah dok belakang.
pastu siap silap masuk lorong lak. masuk jalan masuk kl la plak.
dah satu hal lagi. kalo terus jalan je kan ke senang... highway sepanjang jalan.
bertanya idak... main redah gak. agak hangin gak la aku time tu. tapi cover...
kat tol jalan duta jem macam gila. redah kl terus masuk tol sg besi.
sampai kat melaka dalam pukul 10 lebih. terus aku terbungkang tido.

besoknye, kitorang gerak dalam pukul 9 ke skudai. pakai redah je...
nasib baik la jalan nak ke utm tu senang. amik masa gak la dalam 3 jam.
nih gambar aku sempat snap...tengok la ye, malas aku nak membebel...

dak umie kalo senyum tak nampak gigi. nak cover gigi rongak dia. hehe.
lepas setel beli barang sume kat giant. hantar juju kat kolej dia.
pastu nagis-nagis sket baru kitorang blah.
punya la laju si mus ni drive. kitorang gerak dalam kul 4,
kul 7 dah sampai shah alam.
laju gak viva nih ek. kalah budak besi aku.

Monday, June 29, 2009

♪♫。゚Mak & Katarak゚。♫♪

minggu lepas aku amik cuti 2 hari. so takda la entry selama 2 hari jugak.
macam ada orang nak baca je kan?
cuti bukan nak pegi jalan2 tapi kena balik kampung.
khamis, 25 jun mak kena operation buang selaput putih dalam mata.
dengan kata lainnye...operate buang katarak.
anak yang baik kena la balik tengok mak kan?
sambil2 tu kitorang jugak mengadakan gathering family secara kecilan.
yang ada pun anak2 pompuan dia je. dengan menantu2.
anak2 laki sume keje. adik ngan acey keje.
babang plak balik kampung jumaat malam.

mak operation pukul 4 petang. aku balik kampung naik bas dari shah alam.
best jugak naik plusliner. bas baru tu. selalu aku naik bas perak roadway.
stop kat medan gopeng. iyong dah tunggu kat sana. then trus ke hospital ipoh.
aku maleh nak bawak kete sebab hari sabtu ada plan lain.
besok aku citer...

operate belah mata kanan tu. nih time melawat.
time operation kitorang melepak kat greentown mall.
juju ditugaskan menteman mak. time masuk operation room kena dok luar.
sejam lebih operation setel. dah macam pirate mak aku.
macam ni...

malam tu aku pulak ditugaskan tido kat hospital.
kena tahan sebab operate petang. kalo awal, takda pape dah buleh balik.
aku tido kat lantai atas toto nipis je. memang tak selesa.
tido pun kejap2 je. sebab misi (nurse) asik kuar masuk check patient.
tengahari after lunch mak dah buleh kuar hospital.
sblom balik skali lagi pegi greentown mall beli spek itam.
bukan aku punye la. mak punye. mata kena cover daripada pancaran cahaya.
kang lambat nak baik plak. ubat titis mata pun setiap 2jam kena titiskan.
sblom masuk tido kena taruk gel mata. kang tak taruk besok takleh bukak mata.

mak aku nih bukan reti dok diam2. ada je dia nak buat keje.
buang katarak nih mata kena jaga dalam tempoh 6 bulan.
pergerakan sume kena jaga. so mak kena dok umah kakak aku.
nih untuk mengelakkan dia buat keje umah.
doakan mak aku cepat sihat ek.
sedey la plak...

Tuesday, June 23, 2009

♪♫。゚Langkawi Island゚。♫♪

16 - 18 jun 2009

ingat lagi tak kisah aku nak naik kapal terobang?
kiranye nih sequel la ye... kisah benar bukan fake2 tau.

jam 10 dah rushing ke lcct sebab masing2 mengelabah.
mengelabah sebab ape?
(tak sempat abiskan ayat. black-out sepanjang time rehat)

mengelabah sebab ape?
sebab macam2 citer pasal airasia kitorang dengor.
ada yang cakap, "nanti ko kena belari sambil bawak beg beso ko tu tau!"
ada lagi, "free seat. ko kena rebut2.."
lagi haru, "jangan lupa mengucap. mana la tau tak sampai.."
$&%@ okekkkk

sesapa yang tak sempat nak balik umah bleh singgah kat tunes hotel nih.
airasia punya la kot. dah sepesen je design hotel ngan kapal.

memang benar belaka. kena beratur panjanggg ko.
luggage weight max 15kg je compare dengan mas 25kg.
bagi aku la kan. not suitable la untuk kitorang sebab urusetia ni slalu kena bawak barang banyak. berkotak2. so sekalipun ko dah grouping memang takleh tampung excess luggage nih. nak taknak kena hangkut separuh dalam kapal. tak ke nyusah?

aku tak pasti aircon dia cap ape.
menakutkan okek. kuar berasap2. creepy jek.
mane la tau tiba ada yang menjerit, "api! api! api!"

flight amik masa dalam 45min je. tapi best la jugak. sebab kitorang ada waran gomen dapat la makan nasik lemak. kalo dalam mas makan kacang je kan? aku siap bli t-shirt kaler merah airasia untuk souvenir diri sendri.

sesi check in kat hotel eagle bay. dekat je dengan pekan kuah. jeti pun dekat.
so takda masalah la nak datang ke sini. bilik pun ok jugak.
lepas check in program dah start. sampai ke malam. pagi besoknye pukul 5pagi dah kena bangun sebab nak solat berjemaah kat masjid.
aku? aku terlajak sampai pukul 5.30pagi.
sempat gosok gigi basuh muka je. mandi jangan harap.

hari kedua kursus macam biasa dalam dewan hotel.
gambar nih lepas qiamulail. ada solat sunat tahajjud, hajat, taubat ngan witir.
bangun pukul 4pagi tau. time sujud lama baru bangun. risau gak kot2 tersujud pastu ada bunyik krohhh krohhh... tak ke haru?

lepas settle solat terus kena pegi senaman.
1st kitorang senaman bawah pokok kelapa dekat taman depan hotel.
hari last tu kena pegi berjogging sampai ke jeti.

ingat nak masuk sebab dorang kate dalam nih kita leh tengok macam2 benda bersejarah. tapi under renovation la plak. so nampak depan je la.

cantiknye view2 ni kan?

time aku sampai dorang dah siap tarik napas.
macam gila aku berlari. bukan sebab nak bersenam.
tapi sebab nak bergambar dengan helang tuuuu...

gambar aku tak jadi. camne ntah pakcik tu snap. langsung tak nampak helang.
helang ni je la yang ada tanpa model.

aktiviti utama lepas kursus adalah bergambar secara ramai
macam ni la. kalo tak nampak sila klik ye.

petang balik naik flight pukul 5.30pm.
sblom balik sempat jugak la sopin kat haji ismail group.
bli coklat dengan ubat gamat jek. tengah2 bulan mana ada bajet nak sopin.
dah habis. nak wat entry lain plak. tata.

Monday, June 22, 2009

♪♫。゚Tengok Wayang゚。♫♪

aktiviti minggu ini adalah mentengok wayang. bukan membuat wayang ye.
ini bukan aktiviti utama sebenarnya. aktiviti asal cuma nak pegi klinik je.
macam ni citernye ye puan2...

mr. mj ajak menteman dia pegi ke klinik kesihatan putrajaya.
orang shah alam pegi klinik putrajaya? pekehey?
alasan utama, memang dia tak sihat. sinus. pening kepala. ok logik.
alasan sampingan, mau berjumpa kekasih kesayangan. logik jugak kan? haha.

klinik hari sabtu takda orang. best macam gila.
kalo hari biasa jangan harap la. kalo tak separuh, seharian la ko dok kat situ.
sistem lak sume pakai scan. kalo ko bangang tak scan.
sampai klinik tutup la bontot ko kematu atas kerusi tunggu nombor tak naik2.
sebab aku dah kena. pelik nape nombor aku tak naik.
orang yang lambat dari aku sume dah sudah. rupa2 nya tak scan.
*&^%$* pehal la tak bagitau. aku dah stat maki hamun dah.
kat tempat scan dah tulis tapi aku tak pasan pun.
tak kira la aku baru 1st datang so consider budak baru blaja la kan?

lepas melantak nasi lemak ayam dara kat taman warisan.
mr. mj ajak mentengok wayang. macam tak caya okek.
dia nih jenis tak layan wayang. dvd je dia layan.
cap lanun mahupun download sendri lagi amat dia suka.
seingat aku, baru sekali kitorang dating dalam panggung wayang.
tu pun 2 taun yang lepas. selebihnya dating di kedai makan.
kitorang masa tu tengok citer the chronicles of narnia prince caspian.
kalo dengan aku jangan harap la korang nak tengok citer seram
mahupun pembunuhan. harap maklum ye.

so kali ni sempena kali ke-2 kitorang nak berdating sambil menonton wayang.
aku pilih citer night at the museum 2. yang 1 punye aku dah tengok dvd.
ingatkan ada la early bird time. cis! pukul 12.30pm baru start.
so sambil meluangkan masa sebanyak 2jam kat dalam alamanda.
ini lah hasilnya ye puan2...

macam kat jepun. dia kata la. aku tengok macam belakang umah aku.
pokok buluh penyebab aku takut nak pegi jamban.
kalo dah pokok buluh terselirat sebelah jamban tak ke ko seram nak berak?
lagi2 tengah malam nak tercirit. macam besok takleh nak cirit dah?
mau ko doa nak sembelit time2 tu jugak kan?

mr. mj macam tau2 je aku nih kaki posing. tapi agak2 la kan.
dah aku sorang je berbagai2 nak posing. orang lain dok perati.
agak tak keruan aku nak berposing. tegak camtu je la.
dress up pun ada kadar. nama pun nak pegi klinik kan?

beso gak aku tengok tempat wayang ni bila dalam gambar.
rasanya baru 2 kali aku jejak kat sini. 1st time tengok wayang dengan linda.
citer ape tak ingat. lama dah kot.

kasik view belakang je. orang sakit kena pakai jaket.
awek sejuk beku takpa. banyak lemak. patut ke tak patut?
sape kate patut memang saje carik pasal okek.

bukti kukuh tahun nih aku mentengok wayang.
yang lepas punya pun aku ada simpan. errr... nanti aku carik.

ahad semalam, mr. mj bawak awek balik umah dia.
nama penuh awek tu kelabu tapi panggilan manja dia bubu.
amat la manja dengan mr. mj sampai boleh mendatangkan keamarahan aku.
asik nak mensenggol2. siap dok atas peha lagi. mau aku tak hangin?
ni aku dengor citer dari mr. mj la. aku jumpa awek tu pun tak penah lagi.

sebelah kanan itu la awek tersebut.
baekkk je kiki ushar. nak ngorat malu2 la kunun.
gentleman ko ki. sanggup tahan lapar sebab nak kasik awek makan dulu.
kalo tak jangan ko harap la. asal letak. habisssss...
perot boyot terlentang tido. bertuah sungguh!

♪♫。゚Alahai Ayah゚。♫♪

21 jun 2009

pagi2 jantung aku dah jatuh. yan tepon bagitau ayah kena langgar keta!
blom apa2 air mata dah laju mencurah-curah. air idong pun meleleh sama.
srottt...srottt...hak hak tuihhhh
astagfirullahalazim. mintak2 la ayah selamat.
time ni la plak terbayang2 ke'nakalan' yang penah aku buat.
mane la tau kan tak sempat nak jumpa ayah. ohhh...tidakkkkk!!!
kelam kabut aku tepon sume orang. sebab aku sorang baru tau berita nih.
tepon kak anie, tengah keje. suh dia bagitau kak ina.
tepon juju separuh sedo. tengah tido. babang tak angkat. iyong plak off hp.
dapat tepon mak kejap. kelam kabut sebab nak anta ayah pegi hospital.
hospital mana? tuttuttt... mak dah letak. ishhh...

iyong kitorang tugaskan standby kat hospital teluk intan. tapi ayah takda.
rupanya jiran anta kat hospital changkat melintang.
nasib baik luka ringan. kalo ikutkan sound effect masa kejadian. ni mak aku citer.
memang tak dapat diselamatkan dah. paling koman pun masuk icu.
alhamdulillah...ayah selamat. Allah panjangkan lagi nyawa ayah.

tapi driver tu memang harammmm...
hit and go. langgar dan lari. macam sial. takda la nak tolong ke hape ke.
dah tayar pancit baru la terhegeh2 nak repot polis.
ayah aku lak baik hati. takda mintak sesen pun.
duit nak baiki moto rosak kena langgar pun tak mintak.
tapi takkan nak tunggu mintak kot kan? pandai2 la nak bagi kan?
dah ko langgar...lagi mau orang mintak2 macam pemintak sedekah kat ko ek?
takpa la aku assume ko orang miskin tak berduit. boleh?

papepun, asalkan ayah aku selamat aku dah syukur sangat.
duit pun tak dapat cover nyawa ayah aku.
tapi bleh bayo kat pomen moto je kan yah kan?

sempena hari ayah sedunia...
aku nak ucapkan "selamat hari ayah"
kepada my beloved ayah... ENCIK HUSIN BIN EJAB
dan sume ayah2 dimuka bumi ini jugak.
semoga sihat, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu...
aminnnn... ramai2 okek!

Tuesday, June 16, 2009

♪♫。゚Happy Curtain゚。♫♪

hari minggu lepas, aku dok umah je. takda dating pun.
mahu mentambah rindu jadi semakin banyak. hehe.
hujan turun lepas baju kering disidai. nasib baik.
nak turun banyak pun takpa. boleh berhibernasi sepanjang hari.

masa kat muar, ada terbeli secara tersengaja benda macam di atas.
sikit punya lama okek pusing2 dalam tu tapi ini je yang aku beli.

asal ujan je astro macam %$*&^@
duit aku ko nak. siaran takda. shhhhssshhhiiittttt!
ok ok...marah jangan lama2. sambung balik.
letakkan leaf stiker pada setiap ichigo. begini la rupenya...

ichigo yang belum menjadi langsir.

nyesal lak beli sikit. curtain tak berape menjadi la.
takpa. nanti nak carik lagi kat living cabin. tapi kat mana ye?

kejap lagi nak terbang ke langkawi. aku keje okek. bukan berlibur hibur.
1st time nak naik airasia. taktau apa rasa. macam mas jugak ke?
tetttt...tunggu nanti aku citer.

nota gedik (ala2 jannah..hehe) :
sesapa yang pagi2 dah buat aku little bit sad tu pelissss la okek.
bukan aku nak kedekkk...tapi ko yang cepat mengassume.
pelisss la okek...benda macam tu pun nak terasa.
aku takda masa terluang nak melayan.
aku nak blah naik kapal terobang...

Friday, June 12, 2009

♪♫。゚Gembira゚。♫♪

yey yey...result exam dah kuar. malam tadi patutnya tido tak lena.
patutnya la...tapi badan tak boleh blah. sakit. lenguh. sedar2 dah pagi.
kecut perot jangan cakap la. siap nazar lagi ko. takut kantoi punya pasal.
alhamdulillah....semua lulus. cgpa pun still bertahan.
kena usaha secara keras sem depan. ya ya usaha!~

rabu hari tu bawak juju pegi interview kat uitm shah alam.
kekosongan jawatan tu ada 1 je. yang datang 8 orang.
aku rasa dah ada calon dah cuma nak cukupkan syarat buat interview je.
cam hampeh kan? takda rezeki... takpa. takpa. boleh try lagi.

tak sempat nak cari view menarik. pintu pun jadi la kan?
fakulti aku bukan kat menara. so rasa cam jakun la jejak sini.
tapi...nape ek aku tak snap gambar fakulti aku?
makan semut banyak la. otak tak function. adeh...

juju baru berkenalan dengan kiki.
baru ko tau dia ganas. bukan spesis macam kucing2 lain.
perangai kiki memang pelik. jangan harap la ko nak usap2 manja dia.
mau kena gigit. nampak tak tangan juju dalam mulut kiki? haha.
tapi kiki memang comeiiii....geram.geram.
dengan tuan dia lagi aku geram. kan cayang kan?

masa mula2 amik kiki. umah dia dalam kotak.
kerek gila taknak makan. asik nagis je. baby lagi la.
garang macam singa. nak pegang tak boleh.

makan pun muka cam samseng tak boleh blah.
tapi time ni dah tak takut orang dah. keje dia main je.
kuar masuk bilik. toilet pon redah. selongkar abis.

comel kan? kecik2 bulu dia kembang. gebu je.
kategori kucing liar. tu sebab dia samseng.
tak penah aku jumpa kucing sesamseng ini. haha.

wajah terbaru kiki. aktiviti lepas makan adalah tido.
bangun tido tolong mensepahkan barang. lompat2. gigit2 kaki orang.
hish. rindu lak kat kiki... :)

Thursday, June 11, 2009

♪♫。゚Rakan Alam Sekitar゚。♫♪

date : 02 - 04 jun 2009

tak dan nak update entry kat taman negara pahang.
gambar banyak nak mati. sapa2 tengok mesti kutuk belakang,
"takda muka lain. asik2 minah senget nih." haha.

lepas balik dari taman negara, terus basuh baju.
packing beg lain masuk baju lain nak pegi muar plak.
baru hati nak gembira. bas rosak kat senawang.
2 jam melangut tunggu bas jupem datang.
sebelum tu balik dari pahang, bas dah rosak kat genting sempah.
siap tumpang bas tepi jalan. tinkiu encik bas mahligai.

kitorang stay kat hotel seri pelangi, muar. tahap 3 bintang kot.
tak berapa best compare hotel classic, tahap 5 bintang kalo kat muar la.

masa rehearsal. kena buat tagging meja dalam dewan.
takda la dorang duduk bersepah2.
selalunya lagu negaraku akan dinyanyikan dulu baru lagu negeri.
tapi kat johor nih protokol dia kena nyanyi lagu negeri johor dulu.

time majlis pelancaran. ajk protokol haruslah berposing.
majlis nih dirasmikan oleh YAB TPM.
merasa la dia salam tangan aku. hiyak hiyak.

sekali lagi. sesi menonggeng. haha.

bestpren dari kecik2 sampai ke beso.
kalo teringat kisah kecik2 dulu memang gelak guling2.
"kita penah berak sama2 kan yan?". bodo. haha.

habis majlis. posing dengan bos. tpm dah balik dah.
sesapa nak join rakan alam sekitar sila hubungi jabatan alam sekitar okek.
selamatkan bumi. save our mothernature!
P.E.A.C.E

Tuesday, June 2, 2009

♪♫。゚Finale - Dinner゚。♫♪

date : 18 april 2009

penat tak hilang. kaki lenguh nak mati.
kejap lagi nak pergi ke muar pulak. ada program rakan alam sekitar.
sesiapa yang ada kat muar. meh meh join!
semalam sampai dari pahang kelam kabut basuh baju.
tapi takpa. suka keja macam ni.
dah target. sebelum kawen kena pulun pergi semua tempat.
takut mr. mj tak kasik kalau dah kawen nanti. yeke cyg?

finale episod di singapore. malam ada dinner secara ramai di opis MEWR.
ni la opis dorang. dinner kat top level. nampak tak?

environment building - MEWR

left : YB Datuk Dauglas Uggah Embas (Menteri NRE),
Menteri MEWR (taktau nama), YB Dato' Zoal Azha (KSU NRE)

gelek jangan tak gelek.
pangggg! kena lempang. bukan gelek daaaa...

muka2 ceria. bila la nak start makan ni?

mak aku cakap tak baik makan bercakap.
padahal dah kebulur okek.
sebelum blah, haruslah mentinggalkan jejak.

malam di singapore.

minah nih kalo tak mensibuk memang tak sah.

babai singapore. nanti kitorang datang lagi!
malam tu sampai je hotel aku dengan k.effa terus balik kl.
pagi aku ada presentation. cuak gila nak tunggu result exam keluar.
hopefully takda yang kantoi.
nanti aku citer pasal taman negara pulak ye...

tamat. hehe.