Saturday, May 30, 2009

♪♫。゚Farrer Park゚。♫♪

date : 18 april 2009

habis sukan tunggu majlis makan malam plak.
sementara nak menunggu makan masing2 panas bontot nak berjalan.
aktiviti paling ditunggu2...shopping.
mula2 ingat nak pegi orchard road. tapi jauh la plak. barang2 pun agak mahal.
ada plak mamat singapore offer nak bawak kitorang jalan2.
apa lagi? jommmm.

nak pergi farrer park. kena naik mrt. ala, macam naik lrt jugak la.
tapi muka tetap macam tak boleh blah.
tiket : sd2.30 (tak ingat).

sama jugak macam stesen lrt.

tunjuk tiket.

escalator pun sama jugak.
tak da beza pun. sama canggih je.

dalam mrt lain sket.
kat sini kalo nak berpeluk cium even nak beromen pun takda sapa nak sound.
cuba dalam lrt. mau kena hempok kat dinding lrt tu.

baju putih la tourist guide kitorang.
boleh kira dengan jari la berapa melayu yang kerja gomen kat singapore nih.
salah sekonya mamat ni la.

asal aku nak posing seko2. sume serbuuuu.
hangin betol la!

model mrt boleh tak?

sebelum bershopping.
mamat tu bawak kitorang ke mustafa shopping centre.
macam mydin je aku tengok. barang2 pun lebih kurang je.
aku cuma keychain untuk famili dengan kawan2 terdekat je.
mahal siut. nak beli pun rasa tak berbaloi.
orang singapore pun shopping kat negara kita.
apa kes kita nak shopping sakan ye tak?

selepas bershopping. takda nak berposing dah.
lemah lutut nak berjalan.
aku scheduledkan entry nih.
time nih aku dah bertolak ke taman negara pahang.

to be continue...season finale.

Friday, May 29, 2009

♪♫。゚Kota Singa゚。♫♪

date : 18 april 2009

6 pagi dah terpaksa pegi makan.
tak penah dibuat aku makan pagi2 buta.
kunun2 nak masuk singapore awal ada nature walk.
lagipun karang jem kat immigration tu.
dekat pukul 9 pagi tak gerak2 jugak.
ada pulak mamat terlajak tido. hanginnnnn.

ondaway immigration

bahan bukti.

cover hensem siut. tak boleh blah.

wajib mensidai muka.

handphone boleh kan?

dah masuk. cantik jugak. bersih.

susah ko nak nampak muka melayu.
semua cha ya nun alif. cleaner pun sama.
kalau kat malaysia jangan harap la cleaner opis ko puak dorang.

banner. bukti kukuh.

para pari kontinjen.

haruslah ada muka2 ini.

sebelum bersukan haruslah melantak.
tak sedap langsung mee goreng dia okek.
semacam je. langsung takda feel.

perlawanan bola jaring. result terpaksa dirahsiakan.
baju dan track menampakkan aku gemok dari sebenar.
tak nak ngaku tu memang gemok. huhu.

tak dapat dikesan tangan buruk sapa.
sila blah.

Thursday, May 28, 2009

♪♫。゚Danga Bay゚。♫♪

date : 17 april 2009

malam dinner kat hotel. foods? quite good la.
tak makan banyak. i swear. tolong caya ok!
takut besok tak larat kejar bola.

then ada briefing pasal program besok.
habis briefing, program secara gangster diteruskan.
serbu danga bay. ni 2nd time aku jejak danga bay.
1st time dah lama. masa zaman2 muda dulu.
tua kah aku? tidak. sekarang zaman dewasa. hehe.

abg karim boleh buat drift pakai bas ko.
pause kejap jantung aku.

ala2 uptown. window je. takda bli pape pun.
getik aku nengok mak2 orang ni!

tu la drifter.
ada isteri. ada anak.
:)

Wednesday, May 27, 2009

♪♫。゚Nature Walk゚。♫♪

date : 17 april 2009

sequel from the previous episod. ecewah.
misi mengisi perut diteruskan ke sebuah shopping complex.
kalau tak silap nama dia kompleks plaza pelangi.

atas escalator. tukar duit sekali time ni.
mengigil masa kat depan pengurup wang berlesen.
rm1=sd2.41
aku tukar sd50 je. time2 ni la baru tercurah2 kasih sayang pada duit.
to cayang, tinkiu ek!

ada macam tourist tak?
nak menlintas jalan secara beramai2.

salah jalan, muka tetap kontrol.
tak pasal2 kena nature walk. ok la kan linda?
ko tak sempat nak nature walk masa kat singapore hari tu kan?

tengah melantak murtabak king johor.
sedap. sedap. sedap sebab free.
aku bagi credit pada sue! bodek. bodek.
eh, sedap sangat ke mcd ko nurul?
aku memang saja letak gambar nih. ada masalah?

Tuesday, May 26, 2009

♪♫。゚New York゚。♫♪

date : 17 april 2009

kisah melampau kembali! eh, kisah lampau la.
meh kita sambung citer tak habis balik ek.
sampai sana dekat pukul 3 or 4ptg gak la kot.
new york is actually nama hotel. hotel new york johor bahru.
bukan new york amerika tu. pe ke jadah nak naik bas kan?

lepas check in terus berposing.
haru betul la budak2 nih kan?
bukan aku. bukan. bukannnn...

ok. ok. baju yang sama.
aku malas nak tukar.

kepala singa pun jadi la.
masuk singapore kang belum tentu lagi jumpa.

saja je nak tersepit.
kunun2 nak nampak kurus la. hihihi.

to be continue again... :p

Monday, May 25, 2009

♪♫。゚Carboot Sale゚。♫♪

semalam, ahad aku ajak mr. mj pegi carboot sale kat stadium shah alam.
mula2 ingat tak nak pegi. kunun2 nak mengada2 merajuk.
gila what? mana boleh tak detim!
nanti rindu okek. ;)

macam biasa. cuaca dalam keadaan amat panas.
aku memang tak suka pakai long sleeve shirt nih rasa amat terbakar.
lain kali kena pakai la.
kalo tak abis la kulit aku kehilangan kecerahan semulajadi.

tengah2 syok mencarikan makanan untuk perut,
nampak ada orang tengah buat rakaman.
rakaman apa aku tak la tau. tapi rasanya macam rancangan masak2 je.
nampak la sheila rusly dengan adi putra.
sheila rusly jadi hos masak2. yang adi putra tu aku tak tau.
eh, betul ke nama dia adi putra?
tak la hensem sangat. mekap kasik lebihhh. tak caya. korang tengok ni.

kualiti gambar kurang memuaskan.
aku sorang je sibuk amik gambar. orang lain rileks je.
adakah terserlah kejakunanku?

paling dekat boleh aku amik.
pandai2 la klik kasik besar ye.

time panas2 nak balik tu. aku teringin pulak nak beli tudung syria.
masa mula2 datang dah nampak dah.
tapi tak terbuka lagi hati nak beli. last2 takut kempunan aku rembat 2 helai.
mr. mj kata ok je... takut aku kecik ati la tu. kan? kan?

kaler orange+brown.
ada macam macik bibik ke?

kaler purple. akak jual tu kata la.

so apa kata survey?
O.K or K.O?

Thursday, May 21, 2009

♪♫。゚Award゚。♫♪

tinkiu so much to sumijelly yang susah2 je cakap,
"aku ngan blog aku paling cute"
aku tau. aku tau. perahsaan okek.

tak da maknanya aku nak bagi award nih pada orang lain.
wakakakaka...
punya la busuk ati kan?
ada aku kisah?

Tuesday, May 19, 2009

♪♫。゚Ada Aku Kisah?゚。♫♪

sabtu lepas kitorang lawan netball kat presint 9.
join team kasturi untuk lawan team2 dalam umno parlimen putrajaya.
suka2 hati kitorang je tukar nama team.
team aak : ada aku kisah?
dasat kan? dasat lagi bila kitorang kalah. ada aku kisah?
kalah pun bermaruah la jugak.
mula2 lawan ngan team mana ntah, kalah 7 - 8
referee adalah tidak adil. time2 gabra nak shot buleh dia tiup wisel tamat.
haram okek. kasik la masuk dulu baru nak tiup.
dengan sekolah presint 11 lak, kalah 6 - 9
saja kasik dorang menang sebab hadiah hari guru.
ok la kan untuk beginner cam kitorang. janji menang sambil bergaya.

time pembukaan. kitorang pun sibuk bukak kamera.
kagum okek. aku tengok sekolah presint 9 (2) nih.
macam dok dalam universiti. kalo tak pandai jugak tak tau la.

salah satu step warm up kitorang.

yang tengah tu ketua puteri umno kasturi.
orang lain pakai baju merah. aku pakai kaler rasberry.
lagi cantik kan?

ya ya belom start main lagi. ada aku kisah?

time break ke time dah habis? kurang kepastian.
misi berposing tetap diteruskan. hikhikhik

tu nampak? nampak tak peluh kat perut aku?
lemak dah terbakar la tu. selamat tinggal lemak!

view minah2 gila posing macam ni la.
siap ada yang bawak famili berkelah makan nasik goreng lagi.

ada aku kisah?