Wednesday, July 8, 2015

Salam Ramadhan Dariku Untukmu


Haluuuu haluuuu haluuuuu... 
Tatatatatataraaaaaraaaaaa...

Bising sangat ko kan FY suruh aku hapdet belog sendu ni. Malas tu satu hal, idea tarak pon ye jugak. Tak tau apa benda nak direpekkan kat sini. Nak update life story, idup ni biasa-biasa saje. 

Haaa... meh la story sikit. Kita dah jadik bini orang. Mihmihmih
Dah nak 7 bulan gak la. So far menjalani kehidupan sebagai isteri ni memang seronok. Memang berbeza lah masa hidup sebagai seorang bujang. Nak makan kena fikir suami, nak masak kena fikir suami, nak kemana-mana nak kena fikir suami, nak mandi kena fikir suami, nak tidur pon kena fikir suami... eh... waakakakaka

Ala sesapa dah kawen tau lah kan. Malas nak cite poyo banyak-banyak... huhuhu

Ramadhan tinggal beberapa hari je pon.. rasa nya tak terlambat aku nak mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua. Tunggu post raya pulak.. insyaAllah. Kot-kot takde meh lah nak ucap skali harung... Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Salam syukur untuk semua... Assalamualaikum wbt :)



Tuesday, October 28, 2014

Chak lempang


Hello & Assalamualaikum warahmatullahi...

Setelah bertahun tak online tetiba penyakit rajin datang pulaks. Bukan ape kesian kot ade kawan-kawan yang datang asik baca posts patblas tahun lepas. Huhuhu... Lagi satu paling kesian kat penskodeng-penskodeng yang penat datang pulang dengan hati yang hampa sebab takde bahan nak buat ketupat dengan rakan2 seperjuangkan kennn,,,

Ade orang tu takut beno la aku ngumpat dia kat blog padahal amende pon aku nak tulis pasal ko? Kalo ko keknis ke wawa zainal ke amran fans ke nak gak aku tulis naikkan ranking. Blog pon patblas tahun sekali wehhh... elok beno la hari ni line internet opis elok. Takde plak auto restart.. tp tadi ade skali la tetiba restart ntah pe kejadah le pc ni elok humban je.

Orait bertemu kitew di lain siaran. Kbai.



Thursday, December 19, 2013

Aku hidup je lagi ye

Lama gile tak berhapdet. Last post bulan Jun. Rindu nak berbelogging tu ada tapi malas ye amat. Ni pun update guna henpon. Kat opis tak bole nak update. Ate sume nak diblocknye. Nak ber alam sosial pun kemain le susah. Dah nak update belog sendiri susah, nak bace belog orang pon lagi susah. Asal taip url je pc dah restart..vangang je.

Nanti le kite cerita panjang. Melilau mata aku menaip guna henpon ni. Tunggu la lagi nam bulan kot baru berhapdet............

Thursday, June 27, 2013

Fasa Induction Atkins

Aku copy paste dari facebook Kelab Diet Atkins Malaysia. Bukan peeee....asik semedang kelautnye. Lagi-lagi musim jerebu ni kemain asik mengelat je..rajin benor nak mengunyah nak-nak yang haram atkins. Bila baca komen kat KDA tu kemain semangat tapi bila depan makanan terussss punahhhhh...haihhh.
 
Berat skang dok memain 65-66kg. Aku target sebelum raya ni dapat 58kg. So bulan posa kena pulun gila-gila. Kena start induction balik. Tang best induction ni..sehari bole turun 1kg. Memang tebaekkkk...Aku bolehhhh!!! :))
 
 
Semasa 2 Minggu Induction:
 
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
 
Boleh Makan:
 
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
 
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
  • AIR KOSONG SETIAP 25KG BERAT = 1 LITER
 
Kredit : AtkinsMalaysia
     

Tuesday, April 23, 2013

Hello Panda

Post instagram pagi ni. Pagi-pagi dah makan jajan. Padahal baru je tabik ikrar nak diet atkins. Dah kantoi carbo n sugar disitewww.. <(ˍ ˍ*)>

Published with Blogger-droid v2.0.10